Terbaik Dari Sunah Sakura

Friday, May 18, 2012

Aku Kene Pakai Macam Kartun? Cadangan Please.... =.="

Dapat email yang disertakan dengan poster ini

ADA TOWN HALL!!! Kalo tahun lepas kene pakai ala KPOP.. Tahun ni kene pakai ala Kartun lak?? Haishhh.. mana nak cari baju neh??? Sape2 yang bermurah hati nak sponser??? Ngeh ngeh... 

Pakaian aku yang kononnya KPOP tahun lepas :P


Tahun ni aku rasa nak ... nak.... rasa nak pakai pakaian ala-ala Sailormoon.... ok ker? =.=" 

Bling bling bling..... Bayangkan aku pakai secomel ini =.=" 

Fred Flintstones? 

Spongebob, Patrick, atau Mr Squidward?

Hurmmmmmm... Serius takde idea.... kalo leh nak gak la pakai yg orang lain tak berani pakai.. kalo superman, batman dan biasa sangat org pakai... ( Ahahahaha.. konon aku betol2 berani nak pakai ala kartun)








Wednesday, May 16, 2012

Selamat Hari Lahir Zahamin Baki Bin Zainal ( 16 May )

Sedikit ucapan buat Baby berumur  "tettttttttt" ini!!!


Tahun lepas aku mula kenal ko.. Dan ini hasil dari apa yang aku buat tahun lepas... Tahun ini aku cuma mampu untuk terus mendoakan ko terus success dalam apa saja bidang yang ko ceburi :) 


Baki, 
Mungkin aku bukan seorang yang pandai nak buat ucapan hari lahir yang boleh memberi kesan kat ko.. Tapi kali ni aku nak jugak buat entri khas dari hati ni kat ko :)

Mungkin ko selalu saja nyakat aku, belasah aku, kenakan aku... tapi tu semua la yang buat aku rasa ko lebih close dengan org2 sekeliling ko.. Tu aset ko yang paling bernilai, yang susah nak ada kat insan2 seni yang lain... 

Sempena hari lahir ko, aku cuma harap ko dipanjangkan umur olehNya, Dimurahkan rezeki (boleh belanje aku selalu macam sebelum2 ni), dan aku rasa semua org wish ni kat ko "Moga Cepat-cepat bertemu Jodoh"...

Baki,
Sedikit kenangan bersama ko :) sweets kan aku?? Ahahaahhaa.

Ni masa aku gi open house kat rumah ko. Cita die ada kat ---> SINI

Selalu pun ko akan turut serta untuk cari content kat lua.. Terharu

Mungkin ko terlupa yang aku pernah berlakon iklan dengan ko!! Ahahahaha

Ni lak masa Halloween. Masa ni topeng aku jatuh on air.. Sama macam cita kat ----> SINI 

Dan paling mengejutkan. Ko sudi sambut birthday aku... Aku rasa terharu sama macam cita aku kat ---> SINI

Ko pernah tarik aku on set masa live macam entri INI dan INI, tapi takpe Baki.. aku tak marah dah.. sebab hari ni birthday ko =.="

Baki apa pun, 

SELAMAT HARI LAHIR!!!! 

Kenal dengan ko merupakan satu anugerah tak terhingga, Hadiah mintak kat PIN JOO =.="

Harap kita akan terus sama2 berkerja macam satu keluarga!!!








Monday, May 7, 2012

Resepi Berasaskan Jambu Batu (Dari Kacamata Seorang Lelaki)

Dua hari lepas ada balik melake... Alang-alang balik, jadi terus serang ladang jambu ngan Dragon Fruit... Banyak gak hasil yang dituai.. Sehinggakan tak mampu nak habiskan =.="

Terdetik nak buat satu resepi. Jadi terhasillah resepi seperti dibawah :)

Bahan-bahan.

  • Jambu batu segar
  • Kuah Rojak Mak Bee


Cara menyediakan.

  • Potong buah jambu kecik2.
  • Bukak penutup Kuah Rojak Mak Bee.
  • Cicah buah jambu tu dengan kuah rojak.
  • Siap!!!


Sedap!


Selamat Mencuba dan menjamu selera..

Kuah Rojak Mak Bee yang amat terkenal dengan kesedapan rasanya




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...